
KENALI KLINIK PERGIGIAN BESERI

Perkhidmatan pergigian yang diberikan oleh Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan Beseri merupakan salah satu daripada program Perkhidmatan Pergigian Negeri Perlis. Perkhidmatan kesihatan pergigian yang disediakan adalah salah satu sumbangan dari aspek kesihatan bagi rakyat negeri ini. Perlaksanaan perkhidmatan pergigian oleh klinik ini dan seterusnya Jabatan Perkhidmatan Pergigian Negeri Perlis adalah dibawah arahan Kementerian Kesihatan yang dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan, pentadbiran, perancangan, perlaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian mengikut dasar-dasar yang ditetapkan.
Dengan berteraskan budaya kerja yang cemerlang, setiap anggota pergigian adalah pelanggan dalaman manakala orang ramai sebagai pelanggan luaran yang diutamakan. Adalah diharapkan agar setiap rakyat negeri Perlis amnya dan penduduk kawasan Beseri khususnya bukan sahaja akan menikmati rawatan pergigian dengan bayaran yang berpatutan malahan akan berasa mudah, berkemampuan dan berasa selesa semasa mendapat rawatan bersesuaian dengan konsep perkhidmatan masyarakat penyayang. Sungguhpun keadaan kesihatan masyarakat makin bertambah baik, namun usaha gigih perlu diteruskan lagi demi mengekalkan imej jabatan malahan mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat ke tahap yang lebih baik dengan mengekalkan kesihatan gigi ke peringkat sepanjang hayat bagi meningkat kualiti kesihatan masyarakat.

|